Kempen Internet Selamat (KIS) @ SMK Kamunting Bakti

4 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

Tarikh: 03 Disember 2025
Masa: 11.00 pagi – 1.00 pm

Pada 03 Disember yang lalu, NADI berpeluang mengadakan Kempen Internet Selamat (KIS) bersama para pelajar di SK Simpang. Seramai 400 orang pelajar telah terlibat dengan Kempen ini.

Para pelajar didedahkan dengan topik seperti Ap aitu Internet, Had Umur Media Sosial, Kandungan Media Sosial serta risiko penggunaan internet secara berbahaya.

Guru-guru turut memberikan maklum balas positif terhadap pendekatan yang digunakan, manakala para pelajar pula sangat teruja kerana dapat belajar sesuatu yang baharu dengan cara yang menyeronokkan.

Terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama dan sambutan yang mesra. Semoga pendedahan seperti ini dapat membantu pelajar menggunakan internet dengan lebih bijak dan beretika.

#KempenInternetSelamat #NADI

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali