Program Jalinan Mesra sempena Hari Guru bersama Tadika KEMAS Kg Jelutong

18 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Masa: 9.00 am – 12.00 tengahari .

NADI Changkat Jering telah mengadakan program bersama murid-murid Tabika KEMAS. Antara aktiviti yang dilakukan bersama adalah :
1. Aktiviti E-pembelajaran menggunakan tab iaitu NumberKids Game Online, Math Games Online dan ABC Game Online. Aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kaedah pembelajaran digital.
2. STEM IOT – Penciptaan kad ucapan kreatif murid-murid kepada guru dan mewarna kad ucapan serta Mathematics Online Games. Aktiviti ini bertujuan untuk mendorong murid-murid memiliki pemikiran yang kreatif dalam bidang sains, matematik dan teknologi.
3. Slot Klik Dengan Bijak (KDB) – memberikan kesedaran (awareness) tentang kesan penggunaan tab/telefon mudah alih/komputer dalam jangka masa yang lama kepada murid-murid. Slot ini bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid-murid tentang kesan buruk penggunaan gadjet.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan NADI kepada masyarakat setempat dan komuniti disamping melakukan aktiviti Latihan pembelajaran bersama murid-murid. Program ini telah berlangsung selama 3 jam. 2 guru tadika turut membantu staf NADI dalam menjayakan program ini. Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada NADI kepada guru dan murid-murid.

Pihak NADI mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar Tabika KEMAS Kg Jelutong kerana sudi bekerjasama bagi menjayakan program ini. Semoga NADI Changkat Jering dan Tabika KEMAS Kg Jelutong dapat bekerjasama lagi dimasa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali