Kelas Teknik Pengurusan Data Pelanggan
7 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPEDi Changkat Jering telah mengadakan kelas Teknik pengurusan data pelanggan menggunakan Whatsform. Seorang usahawan Changkat Jering telah menyertai kelas ini. Kelas ini telah disampaikan oleh pihak konsultan Hannah Gold Empire kolaborasi bersama PEDi Changkat Jering dan mengambil masa selama 4 jam 30 minit.
Pihak konsultan mengajar usahawan sehingga betul-betul menguasai Teknik pengurusan data pelanggan melalui Whatsform. Kelas ini bertujuan untuk mengajar usahawan cara-cara menguruskan data pelanggan dengan sistematik menggunakan Whatsform melalui aplikasi Whatsapp.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: