Kelas Latihan Pengendalian Makanan

18 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Seramai 5 peserta daripada komuniti Changkat Jering telah dating ke PEDi Changkat Jering untuk menghadiri kelas Latihan Pengendalian Makanan yang dihoskan oleh Cikgu Faiz seorang tenaga pengajar yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kelas ini telah berlangsung selama 3 jam dan para peserta dibenarkan untuk membawa makanan ringan seperti roti dan snek untuk alas perut semasa kelas berlangsung. Kelas ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang panduan kebersihan di premis perniagaan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali